Tanda-tanda diri yang takut kepada Ilahi kelihatan dalam 7 perkara :
1) Lisannya
- menghindarkan diri daripada berdusta, ghibah (mengumpat), menyebar fitnah, berbual kosong dan banyak bercakap. Malah menyibukkan diri dengan zikir, membaca Al-Quran dan muzakarah ilmu.
2) Hatinya
- membuang rasa permusuhan, kebodohan dan hasad dengki terhadap orang lain. Sebagaimana Rasulullah telah bersabda:
"Hasad itu dapat memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu"
3) Pandangannya
- tidak memandang kepada makanan, minuman, pakaian, dan perkara-perkara lain yang haram. Tidak terpikat kepada dunia tetapi memandangnya dengan mengambil iktibar.
Sabda Rasullullah SAW:
"Barangsiapa memenuhi matanya dengan perkara haram, maka Allah akan memenuhinya daripada api pada hari kiamat"
4) Perutnya
- perutnya tidak diisi dengan barang yang haram. Sebagaimana sabda Rasullullah SAW:
"Manakala sesuap daripada barang yang haram masuk ke perut seseorang, maka seluruh malaikat di langit dan bumi melaknatinya selama sesuai atau seteguk barang itu berada di dalam perutnya. Jika dia mati dalam keadaan demikian, maka tempatnya di neraka"
5) Kedua tangannya
- menggunakan tangannya untuk taat kepada Allah.
6) Langkahnya
- tidak berjalan untuk maksiat tetapi melangkah untuk taat kepada Allah dan mencari keredhaan Ilahi.
7) Ketaatannya
- menjadikan ketaatannya semata-mata kerana Allah serta takut pada riak dan munafiq.
Barangsiapa melakukan 7 perkara tersebut, maka dia termasuk dalam kategori orang-orang yang dikatakan oleh Allah SWT :
"Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa dalam kebun-kebun dan mata air (syurga)"
Rujukan : Penenang Jiwa (Pengubatan & Rawatan), Terjemahan kitab MUKASHAFAH AL-QULUB karya Imam Al-Gazali
* Ingatan buat diri ini yang mudah lupa
No comments:
Post a Comment